Love Them

Thursday, October 8, 2009

Masa itu Emas..

Hari ni dah 9 Oktober.. Rasa macam baru beberapa minggu aku dalam semester 3 di UiTM Dungun terengganu. Tak lama lagi final exam. memang sekarang musim sibuk dengan macam-macam tugas yang perlu diselesaikan sebagai seorang student. kena submit assignment, test, kuiz, dan macam-macam lagi la. masa ni la masing-masing ada yang kelam kabut coz wat keje last minit. Sampai ada yang sakit-sakit la, and ada yang bergaduh sesama sendiri.Macam-macam kerenah student sekarang. :) Bagi aku, persiapan untuk final exam masih belum cukup sepenuhnya lebih-lebih lagi dalam subjek akaun. kadang-kadang sampai nak menangis pun ada bila aku ngah study akaun tu.aku memang dari dulu tak berapa nak minat sangat hal-hal kira mengira ni. tapi nak buat macam mana.Terpaksa jugakla study subjek tu.Minggu depan kena jadi S.O.D (Supervisor of the Day). Nasib baik aku ditugaskan bersama dengan Dila, classmate aku. Kalau tak tension jugak dengan hal assignment lg, pastu nak kena buat report untuk s.o.d plak lagi. Ibu selalu ingatkan aku supaya tekun belajar, jangan cepat berputus asa dengan apa yang berlaku, tabahkan hati menghadapi ujian Allah semasa masih belajar, coz ini semua akan mengajar aku menjadi lebih matang sebelum masuk ke alam pekerjaan.
Masalah aku sekarang cuma satu.Panas baran aku ni. Aku sendiri pun tak tau la macam mana nak buang sikap tu. Bila ada je perkara yang tak menjadi, aku cepat jer bengang. Kadang-kadang best friend aku yang jadi mangsa. Tapi nasib baik la dia boleh faham perangai aku ni. Kesian kau Atin..hehe..Tapi walau macam mana pun aku akan tetap berusaha sebaik mungkin untuk final nanti and takkan menghampakan harapan ibu dan family yang lain. Lagipun 2 lagi adik aku pun study kat UiTM perak dan UiTM penang. Itu menjadikan aku semangat untuk mengatasi diorang..hehe..

0 Comments:

Post a Comment