Kau dibuai mimpi dia jaga
kau bersenang dia bekerja
untukmu tiada terbatas
memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untukmu
kehidupan yang sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat dihati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang dia semakin tua
membilang usia
Disaat kau berjaya
dia tiada berdaya
semoga kau tak lupa
jasa bonda...
Ibu, maafkan kak long kerana tak mampu untuk menjadi anak yang terbaik untuk ibu. Kak long takkan lupakan segala jasa-jasa ibu kepada kami adik beradik sejak dari kecil sampai bila-bila. Maafkan segala kesalahan kak long kepada ibu. Ibu memang seorang ibu terbaik dalam dunia ni. Ampunkan segala dosa-dosa kak long..Kak Long sayang sangat kat ibu ngan abah......
Natrah Che Daud
&
Zahurin Ismail
(abah telah meninggal dunia pada 8 Mei 2008 kerana menghidapi penyakit miliary tuberculosis)
Jasamu tetap kukenang...
I luv u so much Ibu & Abah...
Labels Jasa Ibu
Provided by website-hit-counters.com . |