Love Them

Monday, November 9, 2009

Kedai Chantek

Assalamualaikum.. :)
Ape kene mengena kedai chantek dalam blog aku nih? Sebenarnya macam ni ceritanya. Kul 6 petang, Kiki lepak kat bilik aku and kitorang tengok movie. Lebih kurang dalam pukul 9 perut aku nih mula menyanyikan lagu Beyonce plak. So, aku ajak la Kiki pergi makan. Pada mulanya kami plan nak pergi makan kat Kafe Kapas tu jer, tapi tutup plak. Terpaksa la pegi makan kat Gadong. Al-kisahnya, aku ni tak suka makan kat kedai makan yang nama Mama Corner sebab da la servis die lambat, pastu makanan kotor plak tu. So kitorang pegi kedai makan sebelah yang kami namakan kedai chantek.Haha..So, ni lah point penting nasib malang kami kat kedai chantek yang aku nak listkan sebenarnyer.. :

1. Meja banyak kosong, tapi tak bersih and pinggan-pinggan kotor tak di clear. Sedangkan customer pun tak ramai sebenarnye time tuh.
2. Kitorg terpaksa jugak duduk kat meja yang belum di clear. Sedang menunggu meja tu dibersihkan, tetiba Kiki menjerit course kaki dia diserang oleh semut2 jantan kat bawah meja tempat kami landing tuh. Rupa-rupanya sarang semut kat bawah tuh.Haha
3. Bila kami tukar ke meja sebelah, sedang aku duduk termenung, ternampak pulak seekor binatang yang paling aku takut melintas depan aku iaitu lipas..Waaaa....Aku pun sepantas kilat bangun dan lari dari meja tuh coz sememangnyer aku takut dan teramat bencikan lipas.
4. Setelah menunggu beberapa ketika dan pekerja2 kedai makan tu masih belum bersihkan meja tempat kami duduk, aku terpaksa memanggil pakcik tua yang tengah mengemas pinggan tuh untuk bersihkan meja tmpat kami duduk.
5. Pakcik yang bersihkan meja kami tertumpahkan pulak sos kat lantai sampai sos tu terpercik kat tudung yang aku pakai ngan kat kepala kiki. Adoyai.....
6. Abang yang nak amik order kami sampai.Aku cuma order milo panas and Kiki nak horlick suam tapi abang tu cakap horlick takde.so Kiki order jer milo suam.
7. Memang dari kolej lagi aku teringin nak makan nasi goreng daging merah.Tapi bile aku order, abang tu cakap takde. Aku pun order la nasi goreng tomyam. Pun takde jugak.Hurm...Memang frust sangat2 la. Pekerja tu kata banyak barang dah abis. :(
aku pun cuma order nasi goreng kampung jer la. And kiki order nasi goreng ayam.
8. Bila makanan kiki dah sampai, pekerja tu cakap nasi goreng kampung pun takde..Aikk??Cam maner tuh? And last2 aku tanye dia apa yang ada? Lalu dia pun jawab nasi goreng cili padi..Terima jerla, dah tu rezeki aku untuk ari ni kan..

Hurm...so moral of the story, kalo nak gi makan, jangan la gi time kedai hampir2 nak tutup dah. Ni kat dungun. Bukannya kat k.l, kedai makan bukak sampai pagi..huhu..
Sekian untuk ari ini..

glitter-graphics.com

3 Comments:

  1. nadya omar said...
    u amek kos pe ek?
    Nyana Ayla said...
    Hotel Management.. :)
    knp yer?
    nadya omar said...
    nothing dear.
    i pure terengganu,
    tp blaja kt uitm kedah,,
    nice to know u..

Post a Comment