Love Them

Friday, November 13, 2009

- Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi,jangan terlalu sedih .. terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

- Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet',saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.



- Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

- Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.


- Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)

Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja


- Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.


- Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.


0 Comments:

Post a Comment